Mayat lelaki hilang akibat terjatuh dari bot dalam kejadian di Sungai Suai berdekatan Rumah Ngumbang Suai, Niah di Miri, Sarawak lewat petang Selasa, ditemukan.

Mangsa, Abdul Wadud Dayyan Sastri, 29 tahun, ditemui orang awam yang menyertai Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), pukul 2.28 petang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, mangsa ditemukan di kawasan Pabong kira-kira 17 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

4 Januari lalu, mangsa bersama adiknya memancing di sungai berkenaan sebelum terjatuh ke sungai selepas bot dinaiki terlanggar batang terapung.
 
Mangsa cuba diselamatkan adiknya namun gagal. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini