Mayat seorang nelayan, Mohd Khalid, 60 tahun, ditemui tengahari semalam di kedudukan 3.2 batu nautika Muara Sungai Pontian Besar, Johor, selepas dilaporkan hilang ketika menangkap ikan, petang Selasa.
 
Namun seorang lagi mangsa, Abu Bakar Mohd, 56 tahun, masih belum ditemui.
 
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria dalam kenyataan media memberitahu, OP Carilamat bermula pada 10.30 pagi semalam, selepas menerima laporan kehilangan kedua-dua mangsa.
 
Sektor pencarian seluas lima batu nautika dari Pulau Pisang dan sepanjang perairan Sanglang hingga Tampok, Pontian.
 
Sebanyak tujuh aset daripada Zon Maritim Batu Pahat, Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam digerakkan di dalam OP Carilamat tersebut.
 
Operasi yang turut disertai nelayan tempatan bersambung semula hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini