Mayat remaja lemas selepas terjatuh dari bot di belakang Pasar Awam Benut, Pontian Johor ditemukan lewat petang semalam.

Mayat Mohd Akmal Jamaludin, 17 tahun ditemui 50 meter dari lokasi kejadian, di kedalaman 9 meter.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Benut, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abdul Jalil dalam satu kenyataan berkata, mayat ditemui Pasukan Penyelamat Di Air, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Misi mencari dan menyelamat berkenaan disertai 15 anggota.

Dalam kejadian pagi semalam, mangsa terjatuh dari bot dinaiki bersama bapanya, yang hilang kawalan dipercayai akibat terlanggar tunggul.

Mangsa cuba menyelamatkan diri namun gagal sebelum hilang dibawa arus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini