Seorang remaja lelaki yang dikenali MA maut dibaham harimau di Kampung Teluk Lanus, daerah Siak, Riau, Indonesia, Isnin lalu.

Mangsa maut akibat kecederaan parah dengan kepala dan kemaluannya hilang.

Mangsa merupakan anak kepada tukang bersih ladang yang tinggal di kuarters pekerja.

Lapor Kompas.com, polis berkata, mangsa masuk ke ladang kelapa sawit dan duduk di tepi sungai untuk mencari talian internet bagi menggunakan telefon bimbit, selepas bekalan elektrik terputus di kuarters.

Dia difahamkan masuk ke ladang berkenaan bersama adiknya, sebelum adiknya pulang ke kuarters dan tinggal mangsa keseorangan di dalam ladang.

Polis percaya, mangsa dibaham harimau ketika leka bermain telefon bimbit dan mayatnya diseret ke dalam hutan.

Mayat mangsa ditemukan tanpa kepala serta kemaluan dan jenazah dibawa ke kampung halamannya di Nias, Sumatera Utara untuk dikebumikan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini