Satu mayat tanpa identiti ditemui dalam keadaan terbakar di tepi sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar, Perak, petang semalam.
 
Mengesahkan perkara tersebut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Farid Al-athrash Wahid berkata hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa telah mati dibunuh dan dibakar di tempat sama. 


Mangsa dipercayai seorang perempuan.
 
Bagaimanapun identiti sebenar masih belum dikenalpasti.
 
Mayat kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini