Sekurang-kurangnya dua mayat ditemui oleh pasukan penyiasat dalam insiden letupan lombong Pike River di New Zealand, yang berlaku 11 tahun lalu.

Mayat tersebut adalah antara 29 mangsa yang terkorban dalam tragedi terburuk di negara tersebut.

Tragedi di lombong Pike River pada 2010 itu adalah kemalangan industri yang mengejutkan negara hingga mendorong siasatan atas dakwaan jenayah.

Malapetaka tersebut dipercayai disebabkan letupan yang dicetuskan oleh penghasilan gas metana mudah terbakar.

Pasukan penyiasat turut memaklumkan telah menggerudi lombong berkenaan bagi merakamkan lebih banyak gambar hingga ke bahagian paling jauh.

Pada 2017, kerajaan New Zealand bersetuju membiayai operasi penyiasatan tetapi terhenti pada Mac lalu kerana menelan kos tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini