Mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah tasik berhampiran Sky Ride Presint 2, semalam.

Ketua Polis Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata mayat ditemui orang awam itu telah kembung, reput, kulit terkupas dan berbau busuk.

Bahagian kemaluan si mati juga didapati reput dan terurai daripada badan manakala rambut juga telah tertanggal.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan awal sebagai mati mengejut, sementara menunggu laporan bedah siasat dan pengesanan identiti.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini