Maybank kekal komited membantu pelanggan perusahaan kecil dan sederhana; PKS memulihkan perniagaan menerusi pelbagai penyelesaian kewangan.

Ini termasuk melanjutkan pinjaman tambahan bagi menyokong momentum pertumbuhan PKS dan menyediakan akses pantas kepada pembiayaan.

Untuk pelanggan yang tidak dapat melunaskan komitmen, Maybank turut membantu mereka melanjutkan pinjaman dengan memanfaatkan Dana Bantuan Kerajaan serta menyediakan alternatif
kewangan lain dan penyelesaian digital.

Sejak April 2020, bank tersebut memperkenal platform Sama-Sama Lokal dan aplikasi Maybank2u Biz bagi memudahkan pengurusan perbankan dan perniagaan PKS.

Bagi memahami keperluan dan menawarkan bantuan sewajarnya, Maybank turut menjalankan kaji selidik melibatkan 84 peratus pelanggan PKS-nya.

Kaji selidik yang dijalankan pada September dan Oktober lalu antara lain mendapati, 67 peratus daripada responden telah memanfaatkan teknologi digital ke dalam platform jualan mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan; PKP 3.0.

Baki 33 peratus pula tidak dapat menerima pakai teknologi digital kerana beberapa faktor, antaranya kekurangan pengetahuan dan kos pelaksanaan yang tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini