Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuatkuasa 9 Mei lalu. Beliau yang sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, mengisi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara berikutan persaraan penyandangnya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada 17 Mac. Surat pelantikan diserahkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sepanjang perkhidmatan dalam pasukan polis, Datuk Mazlan, 58 tahun telah memegang pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman. Antaranya, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ipoh, Ketua Polis Negeri Melaka, Ketua Bahagian Siasatan Selangor dan Ketua Polis Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini