Penamaan Calon Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor menyaksikan banyak pertembungan 4 penjuru.
Di Benut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad mengesahkan bertanding mempertahankan kerusi Dewan Negeri Benut (N53) mewakili Barisan Nasional BN.
Beliau yang menyandang kerusi Benut sejak 2008 bakal ditentang tiga lagi calon daripada PN, Senator Datuk Isa Ab Hamid, selain calon PEJUANG, Iskandar Noor Ibrahim dan PKR, Haniff@Ghazali Hosman.
Di Kerusi Dewan Negeri N13 Simpang Jeram, Calon BN Datuk Lokman MD Don bakal menentang Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub.
Ia sekaligus menyaksikan pertembungan empat penjuru diantara BN, AMANAH, Perikatan Nasional (PN) Ustaz Zarul Salleh dan Parti Pejuang Mahaizal Mahmor.