Semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi membolehkan individu berusia 18 tahun menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, persetujuan dibuat dalam satu mesyuarat, Selasa lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain berkaitan, penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP), penyediaan sistem dan infrastruktur pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun serta pendaftaran pemilih secara automatik.

Cadangan perlu mendapat pandangan Kerajaan Negeri dan Jabatan Perdana Menteri.        

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini