Individu berusia 18 tahun dibenarkan menjadi calon pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-137 pada Selasa.

Sehubungan itu semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri .

Menurut Perdana Menteri, mesyuarat turut bersetuju supaya lebih banyak sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Ini terutamanya yang  melibatkan projek-projek pembangunan di seluruh negeri.

Dalam pada itu, bagi merancakkan semula aktiviti ekonomi, beliau turut mengajak semua kerajaan negeri menyegerakan pelaksanaan projek berkaitan ekonomi dan perniagaan.

Dalam mesyuarat itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Mustapa Mohamed telah membentangkan Bajet 2022  kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini