Kerajaan Negeri Sembilan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang menyediakan peruntukan 7.2 juta ringgit bagi membangunkan Program Ramalan Awal Banjir Fasa 2 di negeri itu. Menerusi peruntukan itu, 106 stesen bakal dibangunkan dan dinaik taraf dengan 41 stesen baharu dibina.  

Selain berupaya memberi ramalan serta amaran banjir lebih awal, projek itu memberi ruang kepada agensi penyelamat untuk menyusun strategi operasi pemindahan penduduk dengan cekap dan teratur. Kerajaan negeri juga merancang beberapa inisiatif terhadap hala tuju dan dasar belanjawan kerajaan Negeri Sembilan bagi 2022 khususnya untuk projek tebatan banjir. Datuk Seri Aminuddin berucap pada Majlis Penutup Hari Sungai Sedunia 2021.                          

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini