McDonald’s kini dibuka kembali di Rusia. Tetapi dengan nama baharu, “Vkusno & Tochka” yang bermaksud “Sedap dan itu sahaja”.

Sebelum ini, McDonald’s yang telah menjalankan perniagaan selama 30 tahun di Rusia memutuskan untuk meninggalkan negara itu akibat konflik dengan Ukraine.

Ketua Eksekutif Vkusno & Tochka Oleg Paroev berkata syarikat itu merancang membuka semula 200 restoran di Rusia menjelang akhir Jun dan 850 restoran menjelang akhir musim panas. Cawangan pertama Vkusno & Tochka pertama terletak betul-betul di atas bangunan McDonald’s pertama yang dibuka di Soviet-Moscow pada 1990, iaitu Dataran Pushkin.

Sama seperti McDonald’s, Vkusno & Tochka ialah restoran makanan segera dengan menu makanan dan minuman yang serupa dengan McD’s. Paroev berkata syarikat itu akan mengekalkan harga berpatutan tetapi tidak menolak kemungkinan meningkatkan harga jualan dalam masa terdekat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini