Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah berhubung dengan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN) bagi menangani masalah kelajuan internet.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, arahan diberi susulan tular isu mengenai seorang pemuda di Sarawak berdepan kesukaran menjalani temu duga dalam talian.

Menerusi hantaran di Twitternya, beliau memaklumkan amat bersimpati dengan apa yang dihadapi pemuda berkenaan.

Namun beliau kagum dengan ketabahan pemuda tersebut.

Ciapnya lagi, rangkaian internet tersebut berada di bawah seliaan SRBN.

Media melaporkan Frank Steward Panting Sa, 19 dari Pakan, Sarawak terpaksa mendaki Bukit Kelingkang selama dua jam.

Ia bagi mendapatkan liputan internet bagi menghadiri temu duga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak secara dalam talian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini