Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) digesa melaksanakan pemetaan sendiri dan tidak bergantung kepada data atau laporan syarikat telekomunikasi di negara ini.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa perkara tersebut akan dijadikan sebagai audit prestasi telco agensi itu. Jelasnya MCMC sebagai badan kawal selia harus bertanggungjawab memastikan jurang digital tidak berlaku di negara ini kerana capaian internet sudah menjadi keperluan hidup setiap masyarakat.

Beliau berucap dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini