Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyasarkan 80 peratus kawasan berpenduduk terutama di pedalaman akan mendapat akses perkhidmatan 5G secara menyeluruh menjelang tahun 2024 .

Menurut Ketua Pegawai Kawal Selia Jalinan Digital MCMC, Zulkarnain Md Yassin, ke arah itu usaha sedang dipergiat dengan memberi lebih tumpuan dan komitmen berterusan.

Setakat ini Fasa 1A telah mencapai sasaran iaitu meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

Manakala Fasa 1B sedang berjalan dan dianggarkan 36 peratus kawasan tersebut mendapat akses perkhidmatan 5G hujung tahun ini.

Sebanyak 1,250 stesen pemancar 5G sudah tersedia dengan peluasan liputan ke Johor, Sarawak, Pulau Pinang, Melaka dan Perak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini