Susulan tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman Instagram dan Tik Tok mereka. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan.

Menurut kenyataan MCMC, ekoran aduan diterima daripada orang ramai tentang perbuatan itu, kerjasama dibuat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan pemeriksaan.

Ia bagi menyiasat ketiga-tiga individu terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Mereka juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini