Profesor Dr Md Nasir Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu FINAS. Pelantikannya bagi menggantikan bekas CEO, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang melepaskan jawatan dan mengakhiri tugas berkuat kuasa pada 15 Oktober lalu.

Pelantikan Dr Md Nasir berkuat kuasa hari ini hingga 30 Oktober 2023. Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, Prof Dr Md Nasir berpengalaman luas dan ketokohan dalam bidang pengurusan industri kreatif serta pembangunan polisi, tadbir urus dan pendidikan dalam seni budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Beliau diyakini mampu memacu FINAS sebagai badan peneraju untuk menggalak, memelihara dan menyumbang kepada kemajuan industri perfileman negara.             

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini