Akses internet berkelajuan tinggi, di seluruh negara, membolehkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti e-dagang.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek, yakin, perusahaan kecil dan sederhana, PKS mampu meningkatkan pendapatan perniagaan masing-masing.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran MEASAT 3d di Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana.
 
Pelancaran MEASAT 3d, mewujudkan masyarakat inklusif digital dan menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi seperti IR4.0, Internet of Things (IoT),teleperubatan, pembelajaran dalam talian dan banyak lagi.
 
Dalam jangka panjang, berupaya meningkatkan kualiti hidup masyarakat termasuk mereka yang tinggal di kawasan paling terpencil di Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini