Satelit MEASAT-3D mampu memenuhi jurang jalur lebar di banyak kawasan tanpa teknologi 4G, 5G atau liputan fiber di Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak.
 
Ketua Pegawai Operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd, Yau Chyong Lim berkata usaha itu akan memberi manfaat kepada penduduk di kawasan pedalaman yang ketika ini tidak mempunyai akses atau akses terhad kepada internet jalur lebar berkelajuan tinggi. 

MEASAT turut menyokong penuh hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran akses internet 100 peratus menjelang 2025 dalam inisiatif MyDIGITAL dan sasaran JENDELA untuk mendigitalkan negara.

Beliau berkata demikian selepas Pelancaran MEASAT 3d di Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana.

Untuk mengukuhkan liputan internet CONNECTmeNOW MEASAT bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk membina HTS Gateways di Lembah Klang iaitu di Cyberjaya dan Rawang.

Serta dua di Sarawak melibatkan Kuching dan Lundu: dengan yang terbaharu Gerbang Malaysia Timur di Samajaya, Kuching.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini