Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan membawa isu dan masalah yang dihadapi usahawan terutamanya pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ke Kabinet.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar menyatakan wakil-wakil persatuan usahawan telah meminta perhatian serius dalam mempermudah urusan perniagaan sekali gus mengurangkan masalah birokrasi.

35 memorandum telah dikemukakan oleh 52 persatuan usahawan yang terjejas impak pandemik Covid-19.

Beliau yang mengetuai Sesi Dialog bersama persatuan usahawan di Menara Berkembar Bank Rakyat menyatakan 15 persatuan telah mengemukakan pelbagai cadangan.

Ini meliputi persatuan spa dan persatuan pemandu bas Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini