Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, MEDAC akan memperkasa usaha membantu usahawan menjana pendapatan di tahap optimum bagi menyokong pembangunan ekonomi.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata ini termasuk menangani karenah birokrasi kelulusan pinjaman dan latihan keusahawanan yang berkesan dalam program yang dianjurkan oleh agensi dibawahnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia di Shah Alam.

Tambahnya, mana-mana usahawan yang dilatih di bawah agensi MEDAC, layak dalam mendapatkan pinjaman bagi memudahkan kelangsungan perniagaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini