Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi membangunkan Pelan Strategik MEDAC 2022 bagi memulih dan mempertingkatkan semula pertumbuhan ekonomi sektor keusahawanan.

Pelan yang dilancarkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar itu mengetengahkan tiga teras, 21 strategi dan 180 inisiatif yang dijangka akan memanfaatkan lebih 69,000 usahawan dan bakal usahawan di seluruh negara.

Teras pertama merangkumi penggubalan dasar, tadbir urus serta kawal selia yang lebih komprehensif bagi membentuk ekosistem keusahawanan kondusif dan inklusif.

Teras kedua pula, Pembangunan usahawan dan koperasi yang memulih serta mencergaskan usahawan dan koperasi agar lebih berdaya saing dan berpengetahuan tinggi.

Manakala teras ketiga ialah mentransformasi penyampaian perkhidmatan dengan menjadikan MEDAC dan agensinya sebuah organisasi yang dinamik melalui pembangunan bakat yang kompeten, kelengkapan infrastruktur ICT yang stabil dan persekitaran kerja yang kondusif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini