Skim Pembiayaan Informal (SPIN) atau skim pembiayaan tanpa caj diperkenalkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya, Tekun Nasional (Tekun).

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata,skim tersebut bertujuan membantu usahawan memulakan perniagaan mikro termasuk usahawan yang tidak mempunyai lesen perniagaan dengan jumlah pinjaman maksimum RM10,000.

Ujarnya, sebanyak RM225 juta diperuntukkan di bawah Tekun dalam Bajet 2022 dan SPIN merupakan salah satu skim yang diperkenalkan.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Pembangunan Usahawan Summerfield anjuran Hybrid Allied Dairy Company Sdn Bhd (HADC) bersama Eisenbach Group Sdn Bhd di Serendah, Selangor.

Bermula sejak Julai lalu, lebih 200 usahawan tempatan telah dilahirkan sebagai rangkaian pengedar bagi memasarkan produk minuman yogurt berperisa Summerfield ke pasaran tempatan.

Program itu sekaligus dapat membantu dalam pembangunan perniagaan mereka dan melahirkan usahawan tempatan yang relevan dalam industri pengedaran dan peruncitan negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini