Pembangunan Industri Halal terus menjadi tumpuan.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) kini komited membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi tujuan tersebut.

Ia juga usaha menjadikan Malaysia sebagai hab halal terkemuka di peringkat dunia menjelang tahun 2030.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, penglibatan PMKS sangat penting untuk menjadi negara peneraju dalam sektor halal khususnya di pasaran Asia Timur dan Timur Tengah.

Melalui tiga agensi MEDAC iaitu SME Corp Malaysia, Tekun Nasional dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, lima program utama giat dilaksanakan untuk membangunkan pengusaha industri halal.

Tambah beliau, PMKS yang terpilih di bawah program ini layak mendapat bantuan kewangan RM200,000 dan bantuan berbentuk geran seperti aktiviti perundingan, pembiayaan pembelian peralatan mesin serta penambahbaikan sistem automasi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini