Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, mengharapkan media untuk terus menyokong industri pelancongan perubatan Malaysia khususnya dalam pembukaan semula sempadan yang selamat untuk perjalanan.

Beliau mengakui media memainkan peranan penting dalam mempamerkan keteguhan dan dedikasi petugas barisan hadapan semasa waktu sukar ketika komuniti global memerangi pandemik COVID-19.

Khairy berkata demikian dalam ucapannya pada Anugerah Media Pelancongan Perubatan (MTMA) 2021 yang diadakan secara maya malam tadi.

Beliau juga mengulangi bahawa media memainkan peranan besar dalam mendidik orang awam mengenai kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan keperluan vaksinasi menerusi penulisan bermaklumat dan tepat pada masanya.

Khairy berkata media menjadi petugas barisan hadapan dalam menyebarkan harapan melalui cerita yang ditulis mereka.

MTMA yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) bertujuan mengiktiraf kecemerlangan dalam kewartawanan media tempatan dan antarabangsa serta pempengaruh (influencer) yang berkongsi cerita mempromosikan pelancongan perubatan di Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini