Media medium utama memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan masyarakat dalam menyampaikan maklumat serta dasar-dasar kerajaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menyifatkan media komponen penting pembangunan rakyat dan negeri, khususnya merealisasikan pelan pembangunan Tujuh Ikhtiar Makmur Johor.

Beliau dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Kelab Media Johor yang dibacakan wakilnya, Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, Mazlan Bujang berkata, seiring perubahan zaman digital, media perlu terus menjadi ejen penyampai maklumat tepat.

Terutama melaporkan berita dengan penuh tanggungjawab tanpa mengetepikan etika kewartawanan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini