Media mempunyai peranan yang besar dalam membantu agensi menyampaikan maklumat yang sahih kepada masyarakat.
 
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, dalam usaha itu, media perlu sentiasa mengutamakan etika kewartawanan agar dapat menyampaikan masej yang positif kepada masyarakat usaha mewujudkan generasi madani.

Titah Baginda lagi media perlu mengekalkan sikap profesional, berintegriti, menyalurkan berita yang sahih, adil, tepat, cepat dan menyampaikan masej yang positif kepada masyarakat.

Jasa, kesungguhan, pengorbanan dan peranan pengamal media akan sentiasa dikenang dan dihargai rakyat dan menjadi harapan negara agar media terus maju, relevan dan bersama-sama membantu membangunkan negeri dan negara.
 
Baginda bertitah pada Majlis Anugerah Media Majlis Agama Isam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis 2022 di Galeri Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Anugerah Media Utama kepada RTM.

Majlis Anugerah itu diadakan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Peringkat Negeri Perlis yang dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Perlis .

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini