Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin bersedia mencabar jawatan Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) pada pemilihan akan datang.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana mahu membawa perubahan drastik dalam Persekutuan tersebut.

Tegas Datuk Seri Megat D Shahriman, APSF yang diketuai Mejar Jeneral Osoth Bhavilai dilihat gagal memainkan peranan dengan baik terutama dalam menyelesaikan isu temasya Sukan Para ASEAN 2020 Filipina serta Sukan Para ASEAN 2020 Vietnam yang dibatalkan.

Beliau juga berjanji kepada negara ASEAN lain untuk mewujudkan ibu pejabat tetap APSF di Kuala Lumpur bagi memastikan kelancaran urusan rasmi badan induk tersebut.

Tempoh kepimpinan semasa APSF sepatutnya berakhir pada 2019, namun pemilihan ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini