Di Kuala Terengganu. Seorang mekanik rentung selepas terperangkap dalam kereta dipandunya yang terbakar di Kampung Wakaf Beruas, semalam. Dalam kejadian pada pukul 7.05 malam itu, mangsa Mohd Azizi Jaafar, 37 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Md Hilman Ab Rashid, hasil pemeriksaan pihaknya menemui tiga silender gas kimpalan dan satu tabung gas oksigen didalam kenderaan berkenaan.
 
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini