Tiga mekanisme baharu akan dilaksanakan bagi memastikan pengurusan kemasukan produk daging import halal dari luar negara ke Malaysia, terjamin.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mekanisme dilaksanakan JAKIM bersama agensi berkaitan itu adalah rentetan daripada episod kartel daging import, pada Disember tahun lepas.

Ia antara lain mensyaratkan produk berasaskan haiwan import yang disimpan di gudang, mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia di bawah skim logistik kategori penggudangan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini