Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyasarkan 700,000 pengunjung menaiki Melaka River Cruise (MRC) dan produk lain yang disediakan perbadanan itu tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Datuk Murad Husin berkata ia selaras jangka masa bagi pemulihan semula sektor pelancongan negara.

Selain Melaka River Cruise, pengunjung boleh turut menikmati Tun Khalil Cruise, Kapal Mendam Berahi, Pakej Pit Stop serta produk baharu yang akandilancarkan iaitu teksi air dikenali LONCAT-LONCAT.

Selain menggamit pelancong, ia bertujuan mengurangkan kesesakan jalan raya dengan pengalaman baharu menggunakan pengangkutan air untuk ke destinasi
pelancongan sekitar Bandaraya Melaka

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini