Kerajaan negeri Melaka telah mengenal pasti kawasan yang berpotensi dinaiki air apabila hujan lebat berlaku di negeri itu.
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pihak terlibat akan memberi keutamaan di kawasan tersebut terutama dalam membina kerangka saluran air terutama ketika hujan lebat. 

Katanya, kajian bagi menyelesaikan masalah banjir di Melaka sudah pun dikenal pasti dan bersedia untuk di guna pakai selepas peruntukan diluluskan kerajaan pusat

 Beliau berkata demikian  ketika menghadiri mesyuarat perwakilan UMNO Masjid Tanah.
 
Antara perancangan lanjut bagi mengatasi masalah termasuklah mendalamkan sungai di Melaka dan membesarkan saliran air.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini