Melaka bakal menjadi negeri tumpuan dalam pelaksanaan fasa kedua Pelan Jalinan Digital Negara, JENDELA. Keutamaan itu, memandangkan status Melaka sebagai Negeri Pelancongan, selain antara destinasi tumpuan pelabur luar.

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, ke arah itu, infrastruktur 4G akan terus dipertingkat secara berperingkat di seluruh negeri.

Di bawah program JENDELA, 35 menara baharu sedang dan bakal dibina bagi meningkatkan kualiti capaian rangkaian telekomunikasi dan akses internet. Tan Sri Annuar ditemui media, selepas beramah mesra dengan penduduk Krubong di Paya Rumput.

Beliau turut melahirkan harapan, agar semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk meningkatkan capaian internet di beberapa kawasan sepanjang kempen PRU DUN Melaka ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini