Melaka optimis mentransformasi muzium-muzium di bawah selian Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) agar tidak terus mengalami kerugian. Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ia termasuklah muzium Adat Istiadat Alor Gajah yang bakal di jenamakan semula sebagai Balai Perkahwinan Adat Istiadat Melayu Melaka. Kerja-kerja penambahbaikan bakal dilaksanakan sebelum hujung tahun ini dan dijangka mampu menjana pendapatan kepada muzium berkenaan. Mengikut perancangan katanya, Balai Perkahwinan itu nanti akan menyediakan pakej menarik buat pengunjung selain menyediakan pakaian perkahwinan tradisional Melayu untuk bakal raja sehari.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini