Melaka mahu semua perancangan projek perumahan yang melibatkan kawasan paya atau berhampiran dengan sungai perlu melalui kajian terperinci. 

Langkah berkenaan perlu untuk memastikan pembangunan berkenaan tidak terdedah kepada risiko banjir.


Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pihak berkaitan seperti pemaju, PBT dan agensi berkaitan juga perlu mengambil kira semua aspek secara menyeluruh seperti struktur geografi, sistem perparitan dan kolam takungan air.
 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pasca mesyuarat EXCO di Seri Negeri, Ayer Keroh. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini