Pelbagai produk pembangunan belia akan dibangunkan di Melaka. Ia merangkumi bidang keusahawan, kesenian dan kebudayaan.

Menurut Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, V. P. Shanmugam, antara yang disenaraikan termasuklah sudut busking, lukisan dan kesenian yang akan dibangunkan di setiap Parlimen bagi mengetengahkan bakat dan aktiviti belia di negeri ini.

Beliau memaklumkannya selepas Perasmian Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Melaka di Banda Hilir.

Pada sambutan ini, Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Negeri melaka 2021 disampaikan kepada pemenang bagi kategori individu wanita dan lelaki iaitu Hani Suhaila Ramli serta Muhammad Zulhusnie Khalib yang masing-masing membawa pulang RM3,000, piala dan sijil.

Manakala kategori pertubuan belia dimenangi Persatuan Belia Seri Pengkalan Lambak yang membawa pulang RM10,000, piala serta sijil.              

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini