Sejumlah RM900,000 diperuntukkan bagi melaksanakan projek pembinaan ban di Teluk Berembang Lubok China, Alor Gajah dan Kampung Lanchang serta Parit Penghulu di Jasin.

Peruntukan oleh kerajaan negeri Melaka itu bertujuan mengatasi masalah banjir di kawasan terbabit.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Abd Hakim Hamzah berkata kesemua projek itu akan dilaksanakan secepat mungkin berikutan terkesan dengan gelombang pertama dan kedua banjir baru-baru ini.

RM500,000 diperuntukkan kepada Teluk Berembang bagi kerja baik pulih selepas ban sepanjang 100 meter pecah.

Bagi Parit Penghulu, RM200,000 digunakan untuk projek di jalan Janda Berhias dan Kampung Parit Putat Benteng.

Manakala RM200,000 lagi untuk kampung Lanchang.

JPS Melaka mencadangkan pembinaan ban serta saluran air keluar ke parit untuk mengurangkan risiko banjir sekiranya hujan di sekitar kawasan Kampung Lanchang dan Parit Penghulu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini