Melaka mensasarkan kesemua projek jangka pendek bagi mengatasi banjir di 124 lokasi panas, diselesaikan sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan projek bagi meminimumkan masalah banjir berulang di kawasan yang dikenalpasti.

Antara yang telah dilaksana adalah menambahbaik sistem saliran dan longkang, mewujudkan pam air, membersihkan kolam takungan selain mendirikan ban di sungai.
 
Setakat ini, 80 kawasan yang dikenalpasti telah diambil tindakan pelbagai agensi berkaitan.
 
Mengulas mengenai pemasangan siren kecemasan di semua kawasan berisiko banjir katanya setakat ini, 13 siren daripada keseluruhan 34 siren telah siap dipasang di lokasi dikenalpasti melibatkan kos mencecah RM4 juta daripada kerajaan persekutuan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini