Melaka menyasarkan pelaburan lebih RM500 juta hasil penyertaan dalam Forum Perniagaan Sarajevo 2022 (SBF 2022) 11 Mei lalu.

Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, pelaburan itu melalui tiga syarikat berpengkalan di Eropah.

Beliau berkata, dua daripada syarikat berkenaan yang terlibat dalam industri komestik dan pembuatan peranti mekanikal telah menyatakan persetujuan untuk melabur kira-kira RM210 juta di negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lawatannya ke Bosnia dan Herzegovina serta Switzerland baru-baru ini.

Katanya lagi, kedatangan syarikat untuk melabur juga dilihat membantu pembangunan ekonomi negeri, di samping bakal mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini