Kerajaan Negeri bersetuju mewartakan 35 ladang ternakan babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka bagi mengawal penyakit Demam Babi Afrika (ASF).
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia merupakan kali pertama ladang berkenaan diwartakan. 

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan penyakit ASF telah menjangkiti 16 ladang babi komersial di Paya Mengkuang; Masjid Tanah.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, bagi mengawal dan mencegah penyakit itu, pihaknya menguatkuasakan pemusnahan babi di ladang yang disahkan positif ASF.
 
Pemusnahan dilakukan menggunakan kaedah gas karbon dioksida berasaskan garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan – Pengurusan Pelupusan Haiwan, sebelum ditanam secara sempurna.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini