Bagi melestarikan kesenian wayang kulit agar sentiasa subur dalam masyarakat, sesuai dengan aspirasi baharu seperti yang disarankan dalam dasar kebudayaan negara 2021.
 
Balai Seni Negara dengan kerjasama Persatuan Wayang Kulit Sri Cindayu dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), menganjurkan bengkel membuat patung wayang kulit ke patung wayang plastik 2021 di Kubang kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin, idea menghasilkan patung wayang kulit daripada bahan terbuang seperti plastik dan kotak dilihat sebagai idea baharu dan segar dalam mengkomersialkan bahan seni budaya.
 
Jelasnya, jika dibuat dengan sempurna ia mampu menjadi bahan cenderamata selain sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah dan instirusi pengajian tinggi. Katanya menerusi bengkel berkenaan, beliau melihat golongan muda begitu berminat dalam menghasilkan patung wayang kulit menggunakan bahan kitar semula itu.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita pada sidang media majlis perasmian penutup Bengkel Membuat Patung Wayang Kulit Ke Patung Wayang Palstik 2021 di Min House Camp, Kubang Kerian. Seramai 33 peserta menyertai bengkel yang berlangsung selama dua hari itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini