Gara-gara melompat ala-ala aksi parkour, seorang pemuda  berbangsa Arab mendapat julukan The Arab Spiderman.

Lebih mengejutkan lagi apabila lelaki tersebut hanya mengenakan pakaian jubah putih dan berselipar ketika melakukan aksi lompatan itu.

Klip yang berdurasi 12 saat itu memaparkan lelaki tersebut melompat di antara dua bangunan yang runtuh sebelum berjaya mendarat di atas jalan.

Aksinya itu mendapat pelbagai komen dan reaksi netizen yang rata-rata kagum melihat keupayaannya melakukan lompatan berbahaya.

Tersilap langkah, mungkin boleh membawa maut.

Video tersebut menerima 1.1 juta tontonan di laman TikTok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini