Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan sehingga 160 peratus kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di negara ini dan ia disifatkan sangat membimbangkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia direkodkan pada minggu kelima dan keenam epidemiologi tahun ini.

Pada minggu kelima tahun ini, 6,524 kes COVID-19 kanak-kanak daripada bayi baru lahir hingga 11 tahun.

Pecahan sebanyak 2,282 kes daripada usia baru lahir hingga empat tahun, dan 4,242 kes usia 5 hinggga 11 tahun.

Untuk minggu keenam pula, 16, 959 kes direkodkan. Ia melibatkan 10,796 (5 hingga 11 tahun), dan 6,163 (baru lahir hingga usia empat tahun).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini