Serangan memerang menyebabkan lebih 15 penternak ikan sangkar di Sungai Geting,Tumpat, Kelantan alami kerugian ratusan ribu ringgit.

Mereka yang menternak sejak lebih 20 tahun lalu sudah mencuba pelbagai kaedah bagi mengelak kehadiran kumpulan memerang dari hutan nipah berhampiran.

Bagaimanapun, populasinya yang cepat membiak menyebabkan jumlahnya semakin bertambah.

Kata mereka, setiap kali siakap, kerapu hibrid dan talapia yang diternak semakin membesar, haiwan ini akan mula membuat gangguan.

Penternak juga telah mencuba pelbagai kaedah antaranya pasang perangkap, jaring besi serta kejutan elektrik di sekitar sangkar.

Namun tindakan itu sia-sia.

Perhilitan juga sedia maklum berhubung masalah itu dan telah membantu memasang perangkap namun haiwan itu gagal ditangkap.

Memerang itu juga menyerang bahagian bawah sangkar dan menggigit jaring hingga berlubang.

Sementara itu, Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat mengharapkan isu serangan memerang dapat perhatian pihak berwajib termasuk memberi bantuan meringankan kerugian ditanggung penternak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini