Ketua Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk didakwa telah meminta kakitangan syarikat itu untuk kembali ke pejabat atau berdepan tindakan dipecat sekiranya gagal berada di pejabat untuk minimum 40 jam seminggu.

Arahan itu berdasarkan memo yang dihantar kepada kakitangan yang telah tersebar di media sosial.

Bagaimanapun kesahihan memo itu belum dapat disahkan.

Setakat ini Tesla enggan memberi sebarang kenyataan.

Manakala Musk tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Tesla menyertai gelombang syarikat lain yang mewajibkan pekerja kembali ke pejabat.

Walaupun sesetengah syarikat gergasi telah menerima dasar kerja dari rumah sukarela secara kekal, masih ada syarikat termasuk Google Alphabet Inc yang berpendapat bahawa bekerja di pejabat adalah yang terbaik untuk mendorong interaksi secara peribadi dalam kalangan rakan sekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Parag Agrawal pula berkata pejabat Twitter akan dibuka semula tetapi pekerja masih boleh bekerja dari rumah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini