Meskipun berdepan pandemik Covid-19, namun pembinaan menara Merdeka 118 dan infrastruktur di sekelilingnya dijangka siap sebelum akhir tahun depan.
 
Pembangunan menara tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia itu; bakal memberi manfaat kepada keluarga Malaysia yang menjadi pemangkin ekonomi baharu bandar raya Kuala Lumpur.

Menara Merdeka 118 berketinggian 678.9 meter merupakan sebahagian komponen presint Merdeka 118 yang dibangunkan di atas tanah seluas 40 ekar.

Pembinaannya kini sudah mencapai tahap 85 peratus.

Menara ikonik itu turut dikelilingi pelbagai tarikan seperti 118 Mall, Merdeka Boulevard at 118, Muzium Tekstil Merdeka, Masjid Merdeka, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada Majlis Penyempurnaan Puncak Menara Merdeka 118 di Ibu Negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini