Pembinaan Merdeka 118 di ibu negara bakal memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia apabila menjadi pemangkin ekonomi baharu bandar raya Kuala Lumpur.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, selain melengkapi kawasan membangun lain seperti KLCC dan KL Sentral, presint Merdeka 118 memberi peluang kepada masyarakat setempat menjana ekonomi.

Tambah beliau ketika berucap pada Majlis Penyempurnaan Pemasangan Puncak Menara Merdeka 118, pembinaan Merdeka 118 merupakan cerminan penyatuan warisan dan sejarah Malaysia dengan evolusi masa depan selain mampu menghidupkan kembali kawasan bersejarah di Kuala Lumpur.

Ia menempatkan menara Merdeka 118 iaitu bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 678.9 meter. Komponen lain presint Merdeka 118 termasuk 118 Mall, Merdeka Boulevard at 118, Merdeka Textile Museum dan Masjid Merdeka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini