Doktor di sebuah hospital di Vietnam terkejut selepas menemui sarang ulat di dalam telinga pesakitnya.

Difahamkan, serangga itu sudah bersarang selama lebih seminggu di dalam saluran telinga lelaki berkenaan.

Doktor mematikan ulat terbabit menggunakan air garam bagi memudahkan proses mengeluarkan ia dan sarangnya.

Serangga itu dipercayai masuk ke dalam telinga lelaki tersebut ketika dia memanjat pokok untuk memetik buah.

Justeru, doktor menasihat lelaki itu supaya memakai topi atau pelindung muka ketika memanjat pokok bagi mengelakkan insiden sama berulang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini